Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

22 August 2015

Umur, yang singkat.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita mempunyai dua puluh empat jam dalam sehari. 24 jam itu, satu nilai yang terlalu sedikit sebenarnya, jika diperhatikan dengan lebih mendalam.

Seorang manusia yang beriman kepada Allah dah Hari Akhirat itu, mempercayai dan meyakini bahawa, adanya suatu hari kesemua manusia itu akan dikumpulkan, pada Hari Kiamat atau dalam bahasa Inggerisnya 'The Next Day'.

Dalam perbahasan Ulama' juga disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. bahawa 1 hari di akhirat itu bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Bermakna, 500 tahun di dunia, bersamaan dengan setengah hari sahaja di akhirat.

Jika 250 tahun di dunia, bererti, hanya 1/4 hari sahaja di akhirat, manakala jika 100 tahun di dunia, ukuran masa di akhirat, kita hanya hidup sekadar 1 jam sahaja. 

Misalnya, seseorang diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan sehingga pada umur 100 tahun, ini bermakna mengikut masa akhirat, dia hanya hidup sekadar 1 jam sahaja di dunia.

Jadi, dalam masa 1 jam masa ukuran waktu akhirat, dia melakukan kemungkaran, dia ingkar, dia tak taat dengan Allah, menjadikan dia terjun ke neraka. Oleh sebab itulah, waktu 1 jam yang Allah peruntukkan kepada kita itu, perlu dijaga dengan sebaiknya. 

Isikan dengan ketaatan.

Mungkin, jika Allah memberikan kita masa yang lama untuk hidup, berjuta-juta tahun misalnya, kita lakukan kemungkaran, bersoronok dengan keduniaan, lalu kita masuk neraka, boleh tahanlah.

Ini tidak, hanya kerana satu jam kita melakukan maksiat, lalu kita masuk neraka untuk selama-lamanya? Cuba fikir. Gerun. Ngeri. 

1 jam inilah, kalau silap kita gunakan, maka nerakalah tempat kita. Itupun, kalau Allah memberikan masa 100 tahun untuk hidup, macam mana kalau kita hidup hanya sekadar 50 tahun? Setengah jam sahaja nisbah akhirat. Jadi setengah jam tulah yang kita gunakan untuk berfoya-foya, kita lupakan Allah... Allah.. setengah jam? lalu kita kena terjun dalam neraka selama-lamanya? Fikir panjanglaah. 

Kalau umur setakat 25 tahun? 15 minit je ouh... tak relevan, kita rosakkan masa sesingkat tu, untuk terjun ke neraka, kan?
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul